Drama Tiada Maaf Buatmu (Megadrama Astro Ria)
Nantikan drama bersiri Tiada Maaf Buatmu adaptasi daripada novel 'Maaf, Saya Tak Sengaja' karya Akira Dorayaki akan di mainkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 28 September 2022. Drama ini berepisod sebanyak 24 dan di terbitkan oleh Suhan Movies & Trading diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Menampilkan lakonan suami isteri bersama Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson.
Drama ini akan menggantikan drama Ash dan Aish yang akan tamat pada 27 September 2022 dan jumlah semua adalah 28 episode. Nantikan drama terbaru gandingan suami isteri iaitu Drama Tiada Maaf Buatmu bermula 28 September 2022 jam 10 malam dengan jumlah episode sebanyak 24.
Tiada Maaf Buatmu
Episod: 24
Tarikh Tayangan: 28 September 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria slot MegaDrama
Penulis Skrip: Azilah Wahab, Intan Zarina Mohd Yasin
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Lagu OST: Hael Husaini - Sama Seperti Dulu
Watak Pelakon
Aiman Hakim Ridza sebagai Faiz Iqbal
Zahirah Macwilson sebagai Aina Cempaka
Hafreez Adam sebagai Mohsin
Sofia Dendroff sebagai Suzy
Watie Sadali sebagai Mariam
Wan Raja sebagai Burn
Haleeda sebagai Mak Safiah
Josiah Hogan sebagai Rashid
Dato Jalaludin Hassan sebagai Tan Sri Berahim
Hilal Azman sebagai Pak Malek
Wanns Ahmad sebagai Black
Ummar Dzariff sebagai Faiz
Zamarul Hisham sebagai Dato Mazlan
Sinopsis Tiada Maaf Buatmu
Kehidupan Aina telah musnah dan dia hilang ingatan disebabkan musibah yang menimpanya. Iqbal jatuh cinta pada Aina tanpa mengetahui bahawa Aina adalah mangsa dari sejarah hitamnya.