Sempurna Mencintaimu Full Episod
Saksikan drama telefilem 'Sempurna Mencintaimu' yang diinspirasikan dari watak-watak novel atau sambungan drama 'Tak Sempurna Mencintaimu' yang viral pada tahun lalu yang di karyakan oleh Rehan Makhtar. Telefilem ni akan di tayangkan di Tv3 Malaysia pada setiap isnin sehingga khamis jam 10 Malam di slot samarinda. Nantikan sambungan drama ini di tv3.
Sempurna Mencintaimu waktu dan pengarah Filem :
Waktu Siaran : Khamis, bermula 12 Mei 2022, jam 10 Malam
Rangkaian : TV3 Malaysia (astro 103,mytv 113)
Skrip : Marr Mohamad
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon : Redza Rosli, Intan Najuwa, Afifah Nasir, Aniq Suhair, Mustaqim Bahadon, Fendi Seman, Mak Jah, Shah Khan
WATAK PELAKON
Redza Rosli sebagai Mustaqim
Intan Najuwa sebagai Siratul
Rita Nadira sebagai Melissa
Aniq Suhair sebagai Safwan
Wan Maimunah sebagai Mak Hasnah
Fendy Bakry sebagai Epul
Dato Tamimi Siregar sebagai Dato Mustapha
Azza Elite sebagai Kak Siti
Lydiawati sebagai Rokiah
Ali Reza sebagai Kyle
Nafiez Zaidi sebagai Fikri
Shah Khan sebagai Kuca
Mak Jah sebagai Mak Cik Muna
Fendi Seman sebagai Pak Cik Husin
Asha Merican sebagai Commy
Scha Elinnea sebagai Mawardah
Zulkhairi Ibrahim sebagai Encik Mazlan
Rafishah Bakar sebagai Puan Sarah
Ali Aiman sebagai Taqim
Sinopsis Sempurna Mencintaimu
Pada episod kali ini, sambungannya agak menarik sebabnya Sirat dan Taqim memulakan hidup baharu dengan keterujaan untuk menyambut cahaya mata yang pertama sejak keguguran pada episod 'Tak Sempurna Mencintaimu'. Dalam episod ini juga, taqim mengupah pembantu rumah untuk menjaga Sirat selepas melahirkan anaknya nanti. Nantikan drama ini esok (12 Mei 2022, khamis 10 malam di tv3).
Sinopsis Episod Sebelumnya (Tak Sempurna Mencintaimu)
Mustaqim (Redza Rosli) tidak percaya akan cinta tetapi hatinya terpaut dengan Siratul (Intan Najuwa), seorang gadis kampung yang berjiwa kental dan tabah. Siratul bahkan berjaya memujuk Mustaqim untuk mengetepikan egonya dan memperbaiki hubungan dengan ayahnya yang terpisah. Namun cinta Mustaqim dan Siratul dihadapi dugaan disebabkan ibu tiri Mustaqim, Melissa yang taksub dengannya. Mustaqim akan melakukan apa sahaja untuk memastikan perkahwinannya dengan Siratul tetap kuat dan tidak tercemar.